POKB Helps Mohd. Azmi To See The Outside World

OKU
 

[English]

PASIR MAS 5 Dis. - Mohd. Azmi Awang, an orang kurang upaya (OKU) received a Cerebral Palsy Mobility Scooter Board from Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), and subsequently enabling him to leave his house to the outside world after more than 30 years.

Due to his body disability since childhood, he spent most of his time inside the house.

Now, he could come out from his house although restricted by his body disability. Besides, his movements could also be facilitated without having to shuffle or roll with the aid of the Scooter Board.

[Bahasa Melayu]

PASIR MAS 5 Dis. - Impian seorang lelaki, orang kurang upaya (OKU) Mohd.Azmi Awang, 43, untuk melihat dunia luar akhirnya tercapai menerusi alat Cerebral Palsy Mobility Scooter Board (CP Mobility Scooter Board) hasil sumbangan dari Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Kemudahan tersebut sekaligus menamatkan penantian Mohd. Azmi atau lebih mesra dengan Pak Su untuk keluar dari rumah menghirup udara segar sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.

 Pak Su yang cacat dan lumpuh sejak lahir berkata, dia berterima kasih kepada POKB kerana telah merealisasikan impiannya untuk melihat dunia luar.

 "Alhamdulillah, impian saya untuk keluar dari rumah dan menikmati keindahan alam akhirnya tercapai juga.

 "Sudah lama saya impikan saat ini. Apa yang berlaku pada hari ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Terdahulu, Pak Su menerima kunjungan dari POKB yang diketuai Presidennya Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohammad.

 Sementara itu, Sheikh Ahmad Dasuki memberitahu, alat CP Mobility Scooter Board tersebut dicipta sepenuhnya oleh pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Pemulihan Cara Kerja Dr. Mohd. Zulkifli Abdul Rahim.

 Katanya, projek tersebut turut mendapat kerjasama dari syarikat Wali Engineering. - Sumber UTUSAN ONLINE

 
 

 

Contact Us

School of Health Sciences
Health Campus
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan. Malaysia.

Government Link

Firefox3 | IE 7+ | Chrome
Best Resolution [ 1280 x 1024 ]

Last Update : 21/08/2016

Disclaimer

Universiti Sains Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Feedback