Home > E-Learning > Perancangan Perkembangan E-Pembelajaran
.
PERANCANGAN PERKEMBANGAN E-PEMBELAJARAN

Perlaksanaan konsep e-pembelajaran di PPSK adalah bersandarkan kepada pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dengan prinsip pengajaran seseorang pensyarah. Tiada paksaan kepada pensyarah untuk menerapkan konsep e-pembelajaran secara keseluruhan dalam aktiviti penyampaian ilmu. Sehingga kini, walaupun bilangan pensyarah yang menggunakan sistem e-pembelajaran tidak melebihi 20%, tetapi kesemua pensyarah PPSK telah menggunakan infrastruktur ICT di PPSK dalam pengedaran bahan pembelajaran secara langsung atau tidak langsung melalui sistem elektronik yang dibangunkan oleh UTMM. Galakkan sentiasa di berikan oleh pengurusan akademik tertinggi PPSK kepada pensyarah untuk menerapkan konsep e-pembelajaran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang sedang menggunakan sistem e-pembelajaran boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan e-pembelajaran di PPSK.

Penggunaan sistem Lotus LearningSpace ada pengehadannya. Oleh yang demikian, sebuah sistem e-pembelajaran sedang dikaji kesesuaiannya untuk diterapkan bersama-sama dengan sistem Lotus LearningSpace agar pengehadan salah satu sistem ini dapat saling dilengkapi. Sistem tersebut adalah sistem Moodle. Moodle adalah sistem pengurusan kursus secara dalam talian yang dibangun berpandukan kepada teori pembelajaran konstruktivis. Antara kelebihan sistem ini adalah ia dibangunkan menggunakan pakej perisian ‘open source’ yang diedarkan di bawah ‘GNU General Public License’ dan boleh diperolehi secara percuma. Pengguna sistem Moodle dibenarkan mengubahsuai sistem tersebut mengikut kesuaian perlaksanaan di institusi masing-masing.

Penggunaan sistem e-pembelajaran Moodle dan Lotus LearningSpace secara serentak kelak akan memberi pilihan kepada pensyarah menggunakan sistem yang sesuai dengan pendekatan e-pembelajaran beliau. Disamping itu, pengenalan sistem Moodle juga diharap dapat menarik lebih ramai pensyarah PPSK mengaplikasikan konsep e-pembelajaran dalam penyampaian ilmu di PPSK khususnya dan USM amnya.