Main menu: Utama | Info DD | Panduan | Resepi | Soal Jawab | Hubungi Kami | Galeri |

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman info ini diwujudkan sebagai kesinambungan dalam pengurusan diet bagi pesakit Diabetes Jenis 2 yang telah menjadi responden kajian penyelidikan kami bermula daripada Jun 2009 hingga Mac 2010. Tahniah kepada pesakit yang telah memberi idea yang bernas untuk mewujudkan laman ini. Kewujudan laman ini memudahkan mereka memberikan persoalan tentang diet & diabetes serta berinteraksi untuk tempoh seterusnya dalam memudahkan kehidupan yang berkualiti dalam pengawalan diabetes.

Objektif pembinaan laman info ini adalah:

  • menawarkan tips yang menyeluruh, fakta, panduan dan nasihat pemakanan yang dapat membantu pesakit diabetes dalam aspek pengurusan pemakanan.
  • bertindak sebagai alat komunikasi yang berterusan antara pesakit Diabetes dengan Pegawai Dietetik (Dietitian).
  • meningkatkan kualiti hidup dalam pengawalan diabetes.
  • pendekatan lestari untuk meningkatkan kualiti pemakanan komuniti.

Sekalung penghargaan ditujukan terutama kepada Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak, En. Nor Azmi Zainal, En. Mohd Nazri Mat Husin, Pn. Zamilah Hussin, Pn. Roslena Abd Rashid, En. Nik Helmi Nik Ahmad, Pegawai Dietetik PPSK, Geran Insentif Universiti Sains Malaysia dan Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) serta mereka yang terlibat dalam kajian ini secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan kajian ini. Mudah-mudahan segala maklumat dan info yang kami berikan dapat membantu anda mengawal diabetes. Segala cadangan dan persoalan mengenai diet & diabetes amat dialu-alukan dalam usaha meningkatkan laman info kami.
Selamat Berjaya.

Sekian, terima kasih.


No Geran : 304/PPSK/6150095/N108